Sunday, June 6, 2010

SAUNA- APA KELEBIHAN DAN KEBAIKAN??

Antara kebaikan sauna dari sudut kesihatan:

* Keluarkan Toksin Dari Tubuh

Peluh yang keluar masa didalam sauna bukannya sia-sia. Seperti yang diketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah yang akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh. Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.

* Sembuhkan masalah kulit

Panas ruang sauna yang biasa antara 60 darjah celsius hingga 105 darjah celsius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga akan dirawat. Sebabnya wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekali gus mempercepatkan proses penyembuhannya.

* Meningkatkan Metabolisme

Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50 hingga 75 peratus dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna membantu meningkat hingga 20 peratus. Keadaaan ini menyebabkan tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudian.Apabila pembakaran kalori berlaku lebih banyak, maka penurunan berat badan juga berlaku dengan pantas dengan bersauna.

* Membunuh Bakteria Dan Virus

Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya melepaskan toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses memperbaiki sel-sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanafaat untuk membunuh sel-sel bakteria serta virus dalam tubuh dan meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekali gus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

* Kurangkan Stres

Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stres. Biasanya setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stres dan juga kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuat fikiran lebih damai.

No comments:

Post a Comment